Basyar Mustapha senaraikan antara personalitiyang bakal lebih menyerlah dan boleh dijadikan inspirasi sepanjang 2015.
Tahun 2014 sudah melabuhkan tirainya. Sepanjang tahun lalu pelbagai peristiwa pahit dan manis kita lalui. Tidak kurang juga ada antara orang muda di luar sana yang semakin maju dan berjaya dalam bidang masing-masing.
Kejayaan mereka memberi inspirasi kepada orang lain terutama rakan sebaya.
Untuk 2015 ini juga pasti ada ramai orang muda menanam semaÂngat untuk terus maju dan menempa nama dalam bidang mereka.
Pada permulaan tahun ini Gen Y senaraikan lima anak muda tempatan yang mempuÂnyai bakat dan kelebihan tersendiri dan penulis jangÂkakan mereka bakal menyerlah pada 2015.
Sabrina Beneet
Gadis hitam manis berusia 23 tahun ini adalah Ratu Cantik Malaysia yang bakal mewakili negara di atas pentas dunia bulan ini.
Sabrina berasal dari Perak seorang yang petah berkata-kata dan memiliki keyakinan tinggi. Ramai penyokong dan peminat pertandingan ratu cantik di negara ini yang meletakkan harapan tingÂgi kepadanya kerana kecantikan semula jadi dan bakatnya itu.
Seperti beberapa bekas ratu cantik negara sebelum ini, Sabrina bakal mewarnai dunia peragaan dan hiburan sepanjang 2015.
TTGFA
TTGFA (Tukang Tangkap Foto Gembira Anda) atau Riduan Ismail, 25, mula mendapat perhatian di laman media sosial melalui gambar yang dikongsiÂnya. Gaya gambarnya yang unik, bersahaja dan monokrom mencuri perhatian dan menjadi kegemaran pengguna media sosial.
Jurugambar berasal dari Kota Bharu, Kelantan ini kini banyak membuat penampilan di media massa dan hasil kerjanya diiktiraf majalah gaya hidup utama di negara ini.
Penghujung 2014 meÂnyaksikan kemaraannya dengan gambar banjir di Pantai Timur hasil Âekspresi sudut positif dan Gen y meramalkan dia terus mara untuk tahun baru ini.
Mohd Zaqhwan Zaidi
Pelumba berbakat ini baru berusia 19 tahun, namun mengejutkan dunia sukan permotoran selepas mencipta sejarah muncul juara termuda Kategori Supersports 600cc di Kejuaraan Motosikal Asia Petronas pada pertengahan Disember tahun lalu.
Mohd Zaqhwan Zaidi atau mesra dipanggil Zaqhwan bermula dengan hobi menunggang motosikal dan menggunakan bakat dimiliki sebaiknya di pentas profesional.
Zakhwan bakal melangÂkah setapak lagi dalam kerjayanya dengan memasuki Moto2 kejohanan Grand Prix Motosikal Dunia pada musim akan datang dengan bimbingan jurulatih antarabangsa.
Kashfi Zulkufli
Senang dipanggil KashÂfi, jejaka berusia 26 tahun ini salah seorang pereka fesyen tempatan yang semakin mencipta nama. Rekaannya yang unik dan tersendiri mendapat perhatian selebriti tanah air dan Brunei, malah menjadi pereka kegemaran pelakon terkenal Emma Maembong dan Aida Jebat.
Bakatnya mencipta rekaan yang indah dengan ciri magis dan pendiriannya mengenakan harga berpatutan untuk pelanggan membuatkan Kashfi Zulkufli seorang pereka fesyen generasi baru yang patut diberi perhatian.
Luqman Aqid
Dia seorang remaja yang ceria dan bijak berjenaka. Luqman Akid atau lebih dikenali sebagai Akid dikenali ribuan remaja kerana video pendek jenakanya yang selamba dan menyentuh isu yang dilalui individu seusianya.
Video yang dimuat naik di Youtube dan Vine.com ditonton ratusan ribu orang dan dikongsi ribuan penonton diss laman sosial media.
Mungkin remaja yang bijak menggunakan tekÂnologi sosial media ini bakal dijemput menjadi pelawak dan selebriti televisyen tahun ini
AM