PUJANGGA pernah mengatakan; di sebalik kejayaan seorang lelaki, pasti dibelakangnya berdiri seorang wanita.
Begitulah yang dapat penulis gambarkan mengenai kejayaan aktor tampan, Aaron Aziz dalam bidang yang diceburi kini.
Buktinya, dari seorang aktor yang hanya dikenali di Singapura sehinggalah mencuba nasib di Malaysia dan pernah dua kali merangkul gelaran Bintang Paling Popular, Diyana Halik dilihat cukup setia berada di sisi suaminya.
Tidak kira apa jua rintangan dan dugaan yang melanda, Diyana tidak pernah berputus asa untuk menyokong si suami di dalam bidang seni.
Sehingga terdetik jua pertanyaan, tidakkah cemburu si isteri melihat si suami perlu berdampingan dengan wanita lain, meskipun hanya dalam lakonan semata?
“Saya akui sering kali orang luar bertanyakan saya soalan ini, namun jujur dari saya, sudah 12 tahun saya membantu menguruskan kerjaya Aaron, saya tahu segala skripnya dan ada ketika, jika saya tidak faham, saya sendiri yang berbincang dengan penerbit atau pengarah.
“Jika isteri yang tidak terlibat secara langsung dalam industri seni, mungkin ada ketikanya mereka sukar untuk memahami atau menerima, tapi pada saya, asalkan Aaron tahu hadnya, itu sudah memadai,” ujarnya kepada Zass.
Bagaimanapun akui Diyana, berbeza dengan tiga anaknya, Danish Anaqi, 11, Dwi Ariana, 9 dan Dahlia Arissa, 5, ada ketikanya mereka berasa cemburu dan perlu dijelaskan sekiranya Aaron menjayakan drama atau filem romantis.
“Sekarang ini cuma anak yang kecil sekali mudah berasa cemburu dan apabila dijelaskan dia faham, manakala anak pertama dan kedua, mereka sudah besar dan sudah memahami. Bagaimanapun ada cerita-cerita lakonan Aaron seperti Ombak Rindu, kami tidak menonton bersama mereka,” katanya.
Di tanya perihal suaminya yang sudah dinikahi hampir 12 tahun, Diyana berkata, Aaron adalah seorang lelaki yang sangat protektif, penyayang dan pembersih.
“Kalau dia memujuk atau ada ketikanya bercakap, ayat yang digunakan memang romantik, kadang-kala cair dibuatnya (ketawa).
“Jika dengan anak-anak pula, dia memang bagi layanan lima bintang, sangat mengambil berat perihal ketiga-tiga anak kami,” ujarnya.
12 tahun berkahwin
Namun dalam sesebuah perkahwinan, pastinya ada dugaan yang melanda. Mengakui tidak terlepas dari melalui saat sukar, namun bagi Diyana, semua itu dijadikan pengalaman buat mereka menongkah kehidupan berkeluarga selepas ini.
“Ketika mula-mula mahu bertapak di sini, kami terpaksa berjauhan dengan anak-anak. Kemudian bila kami bawa anak-anak ke sini, kami belajar untuk hidup secara sederhana. Biarpun ada dugaan, yang penting kami tetap bersama,” katanya.
Dalam pada itu, penulis yang berkesempatan menonton filem terbaru lakonan Aaron, Suamiku Encik Perfect 10! pada malam gala filem tersebut baru-baru ini, sempat terfikir, adakah watak yang dibawakan Aaron itu, sama pada realitinya.
Justeru soalan tersebut penulis tanyakan kepada Diyana untuk dijelaskan.
“Bagi saya tiada manusia yang sempurna dan jika bercakap mengenai kesempurnaan pasangan kita, apa yang membuatkan mereka sempurna adalah ketidaksempurnaan pasangan.
“Maksud saya setiap pasangan saling melengkapi, jika si suami ada kelebihan itu, si isteri pasti ada kekurangan, begitulah sebaliknya, tapi mereka saling melengkapi, itulah ada ketikanya membuatkan mereka nampak sempurna,” jelasnya.
Bagi Aaron, 39, pula, kehadiran Diyana di sisinya cukup membawa 1,000 makna.
“Saya rasa istilah Suamiku Encik Perfect 10 patut diubah kepada Isteriku Perfect 10. Bagi saya, Diyana adalah sebahagian daripada saya. Bagi Diyana jika dalam kuasaan manusia, tiada apa yang mustahil.
“Namun ramai yang tak tahu betapa runsingnya untuk menjadi Diyana Halik. Saya tak tahu apa akan jadi tanpa Diyana di sisi. Sesungguhnya dia adalah isteri saya dunia, akhirat,” ujar Aaron telus.
Perancangan 2015
Di tanya perancangan pasangan ini untuk 2015, pemilik nama sebenar Aaron Mustapha Aziz ini berkata, karier seni dan perniagaannya akan bergerak seiring pada tahun ini.
“Jadual saya dari Januari hingga Mei ini, Alhamdulillah sudah terisi. Saya akan terlibat dengan beberapa drama bersiri dan filem, namun untuk filem tersebut saya masih tidak dapat kongsikan kerana masih dalam perbincangan.
“Selain itu, saya merancang memantapkan lagi perniagaan kafe kami iaitu Kidz & Creme, yang dibuka sejak Julai tahun lalu. Kafe tersebut terletak di Setia Alam, dan Alhamdulillah, biarpun di buka di lot kedai dan bukannya di dalam pusat membeli belah, sambutan yang diterima amat menggalakkan dan pelanggan juga tidak putus hadir.
“Sekiranya kafe tersebut terus mendapat sambutan, kami berhasrat membuka cawangan, namun sebelum itu kita perlu mantapkan kafe utama ini terlebih dahulu,” katanya.
Bukan sahaja perniagaan kafe, Diyana menambah, dia kini sedang sibuk menguruskan perniagaan tudung yang baru sahaja beroperasi.
“Saya kira 2015 adalah tahun yang agak sibuk buat kami. Namun itu bukan alasan untuk mengabaikan anak-anak,” katanya yang juga bakal berpindah rumah tidak lama lagi.
Derita sakit leher
Dalam pada itu, di tebak mengenai masalah sakit leher yang dihidapi Aaron sehingga membuatkan aktor tersebut bergegas ke sebuah hospital swasta sebaik selesai tayangan Suamiku Encik Perfect 10, Diyana berkata, sakit leher itu berpunca daripada kemalangan yang dialami Aaron beberapa tahun lalu.
“Ketika berlakon dalam prekuel KL Gangster, Aaron alami kemalangan kecil dan menyebabkan lehernya sakit. Kemudian kerana tuntutan kerja selaku pengacara Fear Factor Selebriti Malaysia di Cape Town, Afrika, dia ada mengambil ubat tahan sakit.
“Sepatutnya selepas pulang dari Cape Town, dia perlu menjalani sesi fisioterapi, tapi dek kerana kesakitan tersebut hilang, dia membatalkan hasrat membuat fisio. Namun kini kesakitannya berulang dan lebih teruk,” jelasnya.
Namun bagi Aaron sendiri, biarpun terpaksa berdepan dengan kesakitan, ia bukan alasan untuknya mengabaikan kerja dan tanggungjawab sebagai pelakon.
“Dalam kerjaya saya, falsafah the show must go on memang wujud.
Apabila peminat datang memberi sokongan, selagi saya boleh, selagi saya mampu, saya tak akan menjadikan kesakitan saya sebagai halangan bertemu peminat,” akhirinya.