Zulin Aziz Dan Ariz Lufias (Forteen) Bertunang?
Gara-gara tersebarnya gambar Zulin Aziz dan Ariz Lufias (Forteen) yang kelihatan seperti bertunang, ramai yang menyangka mereka berdua bertunang secara senyap-senyap.
Haish takkan la dorang buat majlis senyap-senyap kan, tapi kalau betul pun apa salahnya. Pertunangan memang perlu dirahsiakan melainkan perkahwinan yang patut diwar-warkan, tak gitu?
Menurut zulin, majlis yang dihadiri oleh mereka merupakan majlis doa selamat semata-mata. Mungkinkah doa selamat untuk pasangan yang bakal berkahwin? Ahaks! Bukan apa, kami pun rasa curiga kerana pelaminnya yang tersergam indah pun dihias sekali pada majlis itu.
Walaubagaimanapun, kita tunggu sahaja penjelasan mereka kan. Kalau betul, Alhamdulillah memandangkan memang gosip bertebaran mengatakan yang dorang berdua ni sedang bercinta. Tapi pape pun ia masih dikatakan gosip sahaja. Ihiks!
Hmmm mesti ramai peminat Ariz kecewa kan kalau mereka berdua benar-benar bertunang? Melepas laa korang semua hehehe. Jom kalau ada yang nak dengar suara si kacak Ariz ni.
Ariz Lufias salah seorag anggota kumpulan Forteen