• About
  • Contact Us
  • Privacy Policy
  • Disclaimer

Potretmalaya

Menu
  • Home
  • Menu 1
    • Sub Menu 1
    • Sub Menu 2
    • Sub Menu 3
  • Menu 2
    • Sub Menu 1
    • Sub Menu 2
    • Sub Menu 3
  • Menu 3
  • Markup
  • Error Page
  • Static Page
Home » Uncategories » Sayu: Luahan hati ibu Nursyuhada mangsa kelar

Sayu: Luahan hati ibu Nursyuhada mangsa kelar




IBU Nursyuhada, Nor Azlina Dawari berdoa selepas jenazah anaknya itu selamat dikebumikan di Kampung Cherok Mokkan, Kubang Pasu, Kedah, semalam.

KUBANG PASU 3 Feb. – Ibu kepada pelajar perempuan yang maut dikelar seorang lelaki di Perak semalam percaya suspek menaruh dendam terhadap anak gadis kesayangannya itu setelah cintanya ditolak.


Wanita terbabit, Nor Azlina Dawari, 44, berkata, dia dan suami, Johari Hashim, 55, pernah beberapa kali menasihatkan suspek supaya tidak mengganggu mangsa, Nursyuhada, 20, namun tidak dihiraukan.



Nor Azlina juga memberitahu, mereka menghalang suspek yang merupakan rakan sekampung daripada menjalinkan hubungan dengan Nursyuhada itu kerana dia disyaki terlibat dengan penagihan dadah.

“Namun saya tidak menyangka dia sanggup bertindak sedemikian terhadap anak saya. Insiden semalam tidak dapat dilupakan apabila saya menerima panggilan daripada rakan Nursyuhada mengatakan dia diculik dengan diacukan pisau oleh lelaki itu. “Saya cuba menelefon untuk merayu agar anak saya tidak diapa-apakan namun tidak dijawab sehingga suami terpaksa menelefon keluarganya sebelum diberitahu dia telah menikam anak saya.

“Hanya Tuhan tahu perasaan saya ketika itu. Kenapa sanggup dia bertindak kejam terhadap anak saya yang baik hati,” katanya ketika ditemui di Kampung Cherok Mokkan, Napoh dekat sini hari ini.


Antara gambar terakhir Nursyuhada bersama rakan-rakan.


Nursyuhada (dalam bulatan) ketika membantu mangsa banjir di Kelantan 2 minggu lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari semalam, Nursyuhada yang merupakan penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Permatang Pauh, Pulau Pinang maut selepas dipercayai dikelar seorang lelaki di Kilometer 228.2 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Bukit Gantang, Perak.

Menurut Nor Azlina, walaupun terkejut dan bersedih dengan tragedi tersebut, keluarganya reda dengan pemergian anak kedua daripada enam adik-beradik itu.

“Arwah seorang anak yang periang dalam keluarga dan beberapa hari sebelum kejadian sikap manjanya menjadi-jadi kepada kami sehingga saya tertanya-tanya namun saya tidak sangka perkara seperti ini akan menimpanya,” katanya. -Utusan
Tweet
Newer Post Older Post Home

Tutup Iklan Disini[x]

Popular Posts

  • 2 Gambar Terkini Emma Maembong Selepas DISIHIR
    ##Emma juga tlh menjalani byk ujian darah dengan doktor & mereka mengesahkan bahawa darah Emma bersih. Ia turut memberi kesan kpd ...
  • "Mak, mata kami tak nampak, tak nampak..." itu kata-kata terakhir Fatini
    Kuala Lumpur: "Mak, mata kami tak nampak, tak nampak..." itu kata-kata terakhir Ainul Fatini Zamri, 13, yang menghidap barah tulan...
  • WARTAWAN KOSMO DIKECAM KERANA TAJUK BESAR ARTIKAL YANG DITULIS!
    WARTAWAN KOSMO DIKECAM KERANA TAJUK BESAR ARTIKAL YANG DITULIS
  • APA GUNANYA BERTUDUNG KALAU BEGINI ! ( 12 Gambar)
    Huh.. panas.. panas... bila melihat gelagat sesetengah wanita yang tak faham dengan konsep menutup aurat.. gelagat mereka mengundang dosa ka...
  • (9 foto)..GAMBAR LUNA MAYA YANG MENARIK PERHATIAN LELAKI.
    Luna Maya sememangnya terkenal dengan sikapnya yang bersahaja dan suka bergurau membuatkan sesiapa sahaja yang melihatnya, akan tertawan. Wa...
  • SELAMAT BERSALIN - ALMY NADIA DAPAT 'BABY GIRL'
    "Alhamdulilah... Wife saya dah selamat bersalin anak sulung kami, terima kasih atas semua yg mendoakan," demikian tulis Fizz Fairu...
  • 4 selebriti wanita tunggu 'rezeki'
    Pengumuman berita kehamilan aktres kesayangan rakyat Malaysia, Lisa Surihani benar-benar menggembirakan peminatnya. Selepas tiga tahun berge...
  • GUGUR JANTUNG! LIHAT 18 GAMBAR HOT! POSSING TERCANTIK ISTERI SI PEMANDU LORI 'ADIELA SAFIYANNI'...
    Hmmm.. Viral sungguh jadinya kisah si puan cantik isteri kepada pemamdu lori yang tersebar luas di internet sejak kelmarin, kisahnya simple ...
  • 15 GAMBAR Selfie Wawa Zainal Yang Sangat Cantik..
    Wawa Zainal kelihatan cantik dengan lesung pipit di kedua belah pipinya..Selfie berbaju nurse macamni, rasanya nurse paling cantik kat hospi...
  • Gambar KONTROVERSI tidak berbaju pelakon suam-suam kuku kini viral di media sosial
    KUALA LUMPUR – Gambar seorang pelakon lelaki berbogel yang diambil pada tahun 2009 dalam satu sesi fotografi bersama seorang model mula ters...

Total Pageviews

Copyright 2014 Potretmalaya
Powered by Blogger.com