• About
  • Contact Us
  • Privacy Policy
  • Disclaimer

Potretmalaya

Menu
  • Home
  • Menu 1
    • Sub Menu 1
    • Sub Menu 2
    • Sub Menu 3
  • Menu 2
    • Sub Menu 1
    • Sub Menu 2
    • Sub Menu 3
  • Menu 3
  • Markup
  • Error Page
  • Static Page
Home » Uncategories » Bukan kahwin tergesa-gesa

Bukan kahwin tergesa-gesa






Mengakui selama ini tidak pernah menghebahkan tentang hubungan cinta mereka tetapi Yana menganggap lelaki tersebut sebagai teman paling rapat selalu ada di sampingnya sejak tujuh tahun lalu.
“Orang boleh membuat pelbagai tanggapan tetapi hakikatnya hubungan yang kami jalinkan selama ini lebih kepada teman rapat.









“Tapi kesungguhannya untuk mendapatkan saya membuatkan saya terbuka hati menerimanya sebagai teman hidup. Dia tak pernah sekalipun mengalah untuk terus menjalinkan hubungan serius dengan saya,” ungkap Yana satu persatu.

Malah bagi Yana, keputusan untuk berkahwin secepat inijuga bukan dibuat secara tergesa-gesa meskipun ramai yang beranggapan begitu.


Ujarnya, semuanya berjalan mengikut perancangan keluarga tambahan pula kebanyakan persiapan dibuat oleh bakal suaminya bagi melicinkan segala-galanya.

“Sebenarnya tarikh berkenaan dipilih oleh keluarga lelaki. Mereka mahu mempercepatkan majlis pernikahan disebabkan beberapa perkara yang tak dapat dielakkan.


“Hanya pada tarikh itu sahaja adik Fadzil yang belajar di India pulang bercuti dan adik saya yang belajar di Sabah ada di sini. Selain itu, faktor dewan yang menjadi tempat resepsi sebelah pihak lelaki pun kosong pada tarikh tersebut sahaja.

“Jika tidak memilih tarikh berkenaan kami terpaksa melangsungkan perkahwinan selepas Jun nanti,” jelas pelakon filem Adnan Sempit ini lagi.


Akui pelakon berusia 31 tahun ini, keluarganya agak kelam kabut untuk membuat persiapan memandangkan kali terakhir mereka mengadakan kenduri besar perkahwinan kakaknya 10 tahun yang lalu.

Jika mengikut fikirannya, Yana lebih senang mengadakan majlis pernikahan dan bersanding di kediaman keluarganya tetapi atas beberapa faktor perkara tersebut terpaksa diubah ke Dataran Gemilang, Yong Peng, Johor.




Advertisement

“Saya orang yang sederhana dan kalau boleh majlis perkahwinan itu pun dilakukan secara sederhana. Tapi agak sukar sebenarnya memandangkan kawasan rumah saya yang terhad.

“Jika nak buat kenduri di rumah risau pula nanti mengganggu jiran. Jadi kami sepakat memilih Dataran Gemilang sebagai lokasi setelah mendapat nasihat daripada pihak berkuasa.


“Setidak-tidaknya tak ada masalah berbangkit sepanjang acara berkenaan. Orang ramai pun boleh datang ke situ selain tetamu jemputan khas,” jelas Yana lagi.

Bagi Yana, dia bersyukur kerana majlis perkahwinan yang akan diadakan kurang seminggu lagi mendapat tajaan banyak pihak termasuk beberapa nama besar yang menaja baju nikah, baju bersanding, kad kahwin dan pelamin.


Menyifatkan perkara berkenaan sebagai rezeki, Yana menganggap perkara tersebut sebagai rahmat buatnya dan Fadzil serta berharap pernikahan mereka akan berkekalan hingga ke akhir hayat.

Tweet
Newer Post Older Post Home

Tutup Iklan Disini[x]

Popular Posts

  • 2 Gambar Terkini Emma Maembong Selepas DISIHIR
    ##Emma juga tlh menjalani byk ujian darah dengan doktor & mereka mengesahkan bahawa darah Emma bersih. Ia turut memberi kesan kpd ...
  • "Mak, mata kami tak nampak, tak nampak..." itu kata-kata terakhir Fatini
    Kuala Lumpur: "Mak, mata kami tak nampak, tak nampak..." itu kata-kata terakhir Ainul Fatini Zamri, 13, yang menghidap barah tulan...
  • WARTAWAN KOSMO DIKECAM KERANA TAJUK BESAR ARTIKAL YANG DITULIS!
    WARTAWAN KOSMO DIKECAM KERANA TAJUK BESAR ARTIKAL YANG DITULIS
  • APA GUNANYA BERTUDUNG KALAU BEGINI ! ( 12 Gambar)
    Huh.. panas.. panas... bila melihat gelagat sesetengah wanita yang tak faham dengan konsep menutup aurat.. gelagat mereka mengundang dosa ka...
  • (9 foto)..GAMBAR LUNA MAYA YANG MENARIK PERHATIAN LELAKI.
    Luna Maya sememangnya terkenal dengan sikapnya yang bersahaja dan suka bergurau membuatkan sesiapa sahaja yang melihatnya, akan tertawan. Wa...
  • SELAMAT BERSALIN - ALMY NADIA DAPAT 'BABY GIRL'
    "Alhamdulilah... Wife saya dah selamat bersalin anak sulung kami, terima kasih atas semua yg mendoakan," demikian tulis Fizz Fairu...
  • 4 selebriti wanita tunggu 'rezeki'
    Pengumuman berita kehamilan aktres kesayangan rakyat Malaysia, Lisa Surihani benar-benar menggembirakan peminatnya. Selepas tiga tahun berge...
  • GUGUR JANTUNG! LIHAT 18 GAMBAR HOT! POSSING TERCANTIK ISTERI SI PEMANDU LORI 'ADIELA SAFIYANNI'...
    Hmmm.. Viral sungguh jadinya kisah si puan cantik isteri kepada pemamdu lori yang tersebar luas di internet sejak kelmarin, kisahnya simple ...
  • 15 GAMBAR Selfie Wawa Zainal Yang Sangat Cantik..
    Wawa Zainal kelihatan cantik dengan lesung pipit di kedua belah pipinya..Selfie berbaju nurse macamni, rasanya nurse paling cantik kat hospi...
  • Gambar KONTROVERSI tidak berbaju pelakon suam-suam kuku kini viral di media sosial
    KUALA LUMPUR – Gambar seorang pelakon lelaki berbogel yang diambil pada tahun 2009 dalam satu sesi fotografi bersama seorang model mula ters...

Total Pageviews

Copyright 2014 Potretmalaya
Powered by Blogger.com