• About
  • Contact Us
  • Privacy Policy
  • Disclaimer

Potretmalaya

Menu
  • Home
  • Menu 1
    • Sub Menu 1
    • Sub Menu 2
    • Sub Menu 3
  • Menu 2
    • Sub Menu 1
    • Sub Menu 2
    • Sub Menu 3
  • Menu 3
  • Markup
  • Error Page
  • Static Page
Home » Uncategories » LISA SURIHANI BUAT PEMERHATIAN UNTUK BAWA WATAK WANITA HAMIL.

LISA SURIHANI BUAT PEMERHATIAN UNTUK BAWA WATAK WANITA HAMIL.



Pelakon Lisa Surihani memberitahu cara dia mendalami watak wanita mengandung dalam filem Suamiku Mr Perfect 10 adalah melalui pemerhatian terhadap saudara dan rakan-rakan yang melalui perkara itu.

Lisa atau nama sebenarnya Lisa Surihani Mohamed, 29, berkata, dia mencampurkan semua pemerhatian terhadap ibu mengandung yang berada disekelilingnya bagi melakonkan watak tersebut dengan berkesan.

"Saya tidak pernah mengandung sebelum ini jadi agak sukar untuk membawakan watak tersebut.

"Tetapi saya cuba membuat pemerhatian dan bertanya pengalaman tersebut daripada saudara serta rakan terdekat yang melalui pengalaman itu," ujarnya kepada Artis Meletop.

Lisa bakal bergandingan dengan aktor Aaron Aziz dalam filem yang bakal ditayangkan bermula 22 Januari ini.

Bercakap tentang lakonan mantap dan keserasian kedua-dua mereka menghidupkan lagi watak dan jalan cerita, Lisa berkata, dia juga terkejut dengan perkara itu.

Katanya, komitmen dan tahap profesional kedua-dua mereka membuatkan watak tersebut dapat dibawa dengan baik.

"Saya tidak sangka dan terkejut juga bila ramai yang beritahu kami sangat serasi dan bersahaja dalam filem ini.

"Sebelum ini kami hanya bergandingan dalam Ombak Rindu tetapi dalam beberapa babak sahaja.

"Bagi saya, apa yang penting ialah komitmen dan kerja yang kita buat itu perlu ikhlas," katanya.

Filem Suamiku Mr Perfect 10 bakal ditayangkan diseluruh negara bermula pada 22 Januari ini.
Tweet
Newer Post Older Post Home

Tutup Iklan Disini[x]

Popular Posts

  • 2 Gambar Terkini Emma Maembong Selepas DISIHIR
    ##Emma juga tlh menjalani byk ujian darah dengan doktor & mereka mengesahkan bahawa darah Emma bersih. Ia turut memberi kesan kpd ...
  • "Mak, mata kami tak nampak, tak nampak..." itu kata-kata terakhir Fatini
    Kuala Lumpur: "Mak, mata kami tak nampak, tak nampak..." itu kata-kata terakhir Ainul Fatini Zamri, 13, yang menghidap barah tulan...
  • WARTAWAN KOSMO DIKECAM KERANA TAJUK BESAR ARTIKAL YANG DITULIS!
    WARTAWAN KOSMO DIKECAM KERANA TAJUK BESAR ARTIKAL YANG DITULIS
  • APA GUNANYA BERTUDUNG KALAU BEGINI ! ( 12 Gambar)
    Huh.. panas.. panas... bila melihat gelagat sesetengah wanita yang tak faham dengan konsep menutup aurat.. gelagat mereka mengundang dosa ka...
  • (9 foto)..GAMBAR LUNA MAYA YANG MENARIK PERHATIAN LELAKI.
    Luna Maya sememangnya terkenal dengan sikapnya yang bersahaja dan suka bergurau membuatkan sesiapa sahaja yang melihatnya, akan tertawan. Wa...
  • SELAMAT BERSALIN - ALMY NADIA DAPAT 'BABY GIRL'
    "Alhamdulilah... Wife saya dah selamat bersalin anak sulung kami, terima kasih atas semua yg mendoakan," demikian tulis Fizz Fairu...
  • 4 selebriti wanita tunggu 'rezeki'
    Pengumuman berita kehamilan aktres kesayangan rakyat Malaysia, Lisa Surihani benar-benar menggembirakan peminatnya. Selepas tiga tahun berge...
  • GUGUR JANTUNG! LIHAT 18 GAMBAR HOT! POSSING TERCANTIK ISTERI SI PEMANDU LORI 'ADIELA SAFIYANNI'...
    Hmmm.. Viral sungguh jadinya kisah si puan cantik isteri kepada pemamdu lori yang tersebar luas di internet sejak kelmarin, kisahnya simple ...
  • 15 GAMBAR Selfie Wawa Zainal Yang Sangat Cantik..
    Wawa Zainal kelihatan cantik dengan lesung pipit di kedua belah pipinya..Selfie berbaju nurse macamni, rasanya nurse paling cantik kat hospi...
  • Gambar KONTROVERSI tidak berbaju pelakon suam-suam kuku kini viral di media sosial
    KUALA LUMPUR – Gambar seorang pelakon lelaki berbogel yang diambil pada tahun 2009 dalam satu sesi fotografi bersama seorang model mula ters...

Total Pageviews

Copyright 2014 Potretmalaya
Powered by Blogger.com