Hina Islam: Batas buat tiga laporan polis


  • Sebahagian ahli Batas menyertai demonstrasi membantah tindakan pemilik akaun facebook ‘Murtads from Malaysia and Singapore’ yang menghina Islam.Sebahagian ahli Batas menyertai demonstrasi membantah tindakan pemilik akaun facebook ‘Murtads from Malaysia and Singapore’ yang menghina Islam.
 1 / 1 
PAKA - Badan Amal Tarbiah Sejagat (Batas) membuat tiga laporan polis bagi membantah tindakan pemilik akaun facebook ‘Murtads From Malaysia and Singapore’ yang didakwa mengeluarkan kenyataan menghina Islam berkaitan hajarulaswad.

Pengerusi Batas Dungun, Hisyam Ramlee berkata, ketiga-tiga laporan itu dibuat di Balai Polis Paka pada Ahad lalu.

“Pemilik akaun berkenaan memang melampaui batas dengan mengeluarkan kenyataan berbaur penghinaan. Justeru, kami akan mempertahankan kesucian Islam dan mohon pihak polis mengambil tindakan tegas berhubung perkara ini.

“Batas mahu Kementerian Dalam Negeri mengambil langkah sewajarnya supaya perkara sebegini tidak terus menular dan merosakkan masyarakat,” katanya.

Menurut Hisyam lagi, selepas laporan dibuat, Batas turut membuat satu demonstrasi bagi membantah tindakan berkenaan.

“Kira-kira 30 ahli Batas berkumpul di hadapan Balai Polis Paka bagi membantah dan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan keras terhadap anasir negatif itu. Kami harap suara kami mendapat perhatian demi kepentingan dan kesucian Islam,”