• About
  • Contact Us
  • Privacy Policy
  • Disclaimer

Potretmalaya

Menu
  • Home
  • Menu 1
    • Sub Menu 1
    • Sub Menu 2
    • Sub Menu 3
  • Menu 2
    • Sub Menu 1
    • Sub Menu 2
    • Sub Menu 3
  • Menu 3
  • Markup
  • Error Page
  • Static Page
Home » Uncategories » BONGKAR !!! Cara pengusaha restoran kaut untung

BONGKAR !!! Cara pengusaha restoran kaut untung





IPOH - Berang kerana berasa tertipu dengan caj tambahan dikenakan sebuah restoran terkemuka di bandar raya baru-baru ini, seorang pelanggan, Zainoori Zainal Abidin, membuat laporan di pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri, semalam.

Katanya, tindakan restoran mengenakan 'caj perkhidmatan sempena Tahun Baharu Cina' sebanyak 10 peratus dianggap menganiaya pelanggan kerana tiada notis makluman yang jelas mengenai caj itu.

Zainoori ketika ditemui Sinar Harian mendedahkan, dia dikenakan bayaran RM250.95 termasuk caj tambahan RM22.81 untuk makan malam lima orang.

“Saya tidak tahu mengenai caj yang akan dikenakan tambahan pula diberi nama ‘caj perkhidmatan sempena Tahun Baharu Cina’.

“Jika sebelum ini, bayaran yang dikenakan hanya RM37 hingga RM38 sekepala, dan bagi hidangan untuk lima orang pada malam itu saya menjangkakan bayarannya tidaklah mencecah angka yang tertera pada resit bayaran itu.

“Ketika ditanya, kakitangan itu memaklumkan pelanggan sudah pun dimaklumkan menerusi notis yang ditampal di restoran berkenaan. Bagaimanapun, dia enggan mengulas lanjut berhubung kelulusan mengenai caj berkenaan dan hanya memberitahu ia adalah arahan daripada pihak atasan,” katanya ketika ditemui setelah selesai membuat aduan di pejabat PPDNKK di sini, semalam.

Zainoori berkata, dia berharap PPDNKK melakukan siasatan lanjut berhubung laporannya termasuk kewajaran pengusaha restoran terbabit mengenakan caj tambahan 10 peratus yang diragui sama ada diluluskan pihak berwajib atau sebaliknya.


"Bolehkah pengusaha restoran mengenakan caj-caj pelik seperti ini, dan adakah ia dibenarkan? Pihak berwajib kena siasat, jangan biar pelanggan terus tertipu dengan taktik licik mahu kaut untung lebih," katanya.

Sementara itu, seorang lagi pelanggan restoran berkenaan, Noor Shafarina Jamaluddin, berharap pihak PPDNKK akan segera melaksanakan tindakan terhadap restoran berkenaan.

Katanya, sekiranya perkara berkenaan dibiarkan, lebih banyak restoran akan mengikuti kaedah berkenaan dan lebih ramai pelanggan akan tertipu oleh sikap pihak restoran yang jelas tidak bertanggungjawab itu.

“Saya sangat berharap agar pihak KPDNKK dapat melaksanakan tindakan tegas terhadap restoran berkenaan dan seterusnya memastikan perkara seperti ini tidak berulang lagi,” katanya lagi.

Sementara itu ketika diminta mengulas mengenai aduan itu, jurucakap PPDNKK berkata, pemeriksaan akan dibuat terhadap restoran berkenaan dalam masa terdekat.Bagaimanapun, difahamkan segala maklumat yang diperoleh hasil pemeriksaan berkenaan akan disalurkan kepada pihak Kastam Diraja Malaysia untuk tindakan lanjut kerana segala bentuk caj melibatkan cukai di bawah jabatan berkenaan. - SH.
Tweet
Newer Post Older Post Home

Tutup Iklan Disini[x]

Popular Posts

  • 2 Gambar Terkini Emma Maembong Selepas DISIHIR
    ##Emma juga tlh menjalani byk ujian darah dengan doktor & mereka mengesahkan bahawa darah Emma bersih. Ia turut memberi kesan kpd ...
  • "Mak, mata kami tak nampak, tak nampak..." itu kata-kata terakhir Fatini
    Kuala Lumpur: "Mak, mata kami tak nampak, tak nampak..." itu kata-kata terakhir Ainul Fatini Zamri, 13, yang menghidap barah tulan...
  • WARTAWAN KOSMO DIKECAM KERANA TAJUK BESAR ARTIKAL YANG DITULIS!
    WARTAWAN KOSMO DIKECAM KERANA TAJUK BESAR ARTIKAL YANG DITULIS
  • APA GUNANYA BERTUDUNG KALAU BEGINI ! ( 12 Gambar)
    Huh.. panas.. panas... bila melihat gelagat sesetengah wanita yang tak faham dengan konsep menutup aurat.. gelagat mereka mengundang dosa ka...
  • (9 foto)..GAMBAR LUNA MAYA YANG MENARIK PERHATIAN LELAKI.
    Luna Maya sememangnya terkenal dengan sikapnya yang bersahaja dan suka bergurau membuatkan sesiapa sahaja yang melihatnya, akan tertawan. Wa...
  • SELAMAT BERSALIN - ALMY NADIA DAPAT 'BABY GIRL'
    "Alhamdulilah... Wife saya dah selamat bersalin anak sulung kami, terima kasih atas semua yg mendoakan," demikian tulis Fizz Fairu...
  • 4 selebriti wanita tunggu 'rezeki'
    Pengumuman berita kehamilan aktres kesayangan rakyat Malaysia, Lisa Surihani benar-benar menggembirakan peminatnya. Selepas tiga tahun berge...
  • GUGUR JANTUNG! LIHAT 18 GAMBAR HOT! POSSING TERCANTIK ISTERI SI PEMANDU LORI 'ADIELA SAFIYANNI'...
    Hmmm.. Viral sungguh jadinya kisah si puan cantik isteri kepada pemamdu lori yang tersebar luas di internet sejak kelmarin, kisahnya simple ...
  • 15 GAMBAR Selfie Wawa Zainal Yang Sangat Cantik..
    Wawa Zainal kelihatan cantik dengan lesung pipit di kedua belah pipinya..Selfie berbaju nurse macamni, rasanya nurse paling cantik kat hospi...
  • Gambar KONTROVERSI tidak berbaju pelakon suam-suam kuku kini viral di media sosial
    KUALA LUMPUR – Gambar seorang pelakon lelaki berbogel yang diambil pada tahun 2009 dalam satu sesi fotografi bersama seorang model mula ters...

Total Pageviews

Copyright 2014 Potretmalaya
Powered by Blogger.com