• About
  • Contact Us
  • Privacy Policy
  • Disclaimer

Potretmalaya

Menu
  • Home
  • Menu 1
    • Sub Menu 1
    • Sub Menu 2
    • Sub Menu 3
  • Menu 2
    • Sub Menu 1
    • Sub Menu 2
    • Sub Menu 3
  • Menu 3
  • Markup
  • Error Page
  • Static Page
Home » Uncategories » Black Timang Anak Lelaki

Black Timang Anak Lelaki


Khabar gembira buat Black dan juga isterinya, Cira, kerana baru sahaja menimang cahaya mata pertama mereka, pada pukul 7.48 petang semalam yang dilahirkan secara normal – sebulan lebih awal daripada tarikh yang dijangkakan.
BACA: Ada Tanda Tanda Hamil, Black Bawa Isteri Ke Hospital
“Alhamdulillah isteri dan anak saya sihat. Kini anak saya masih ditempatkan di wad yang dikhaskan untuk kanak-kanak baru lahir. Anak saya perlu ditempatkan di situ kerana dia lahir tidak cukup bulan dan perlu mendapatkan sedikit lagi antibiotik tambahan untuk mengelakkan dia terkena apa-apa jangkitan.
“Tetapi kini alhamdulillah kerana dia sudah boleh minum susu dan jika tidak ada apa-apa dalam sehari dua lagi anak dan isteri saya sudah dibenarkan keluar,” ujar Black yang dipetik daripada Media Hiburan Online.
Dalam masa yang sama, Black juga turut berkongsi perasaannya yang turut berpeluang menemani isteri kesayangannya sepanjang di bilik bersalin.
“Air ketuban isteri saya pecah awal kerana terkena jangkitan. Dia sakit dalam dua hari juga. Selepas dua hari, petang semalam barulah rahimnya terbuka. Ketika lahir anak saya tidak menangis dan memberikan respon walaupun ditepuk.
“Hampir 10 minit jugalah doktor yang bertugas berusaha. Ketika itu, saya rasa sangat resah dan 10 minit kemudian barulah terdengar tangisannya. Saya tergamam hingga tidak mampu berkata apa-apa,” kata Black yang sudah hampir 4 hari berkampung di Sime Darby Medical Centre Petaling Jaya.
Selain itu, Black turut menyatakan dia merahsiakan berita gembira itu terlebih dahulu kerana mahu menunggu keadaan anaknya bertambah baik.
“Buat masa sekarang, gambar bayi kami masih belum boleh dikeluarkan kerana dia masih berada di dalam unit rawatan khas. InsyaAllah tidak lama lagi saya akan kongsikan wajahnya,” ujar Black yang mengakui anak sulungnya ini berkulit cerah seperti ibunya.
Tweet
Newer Post Older Post Home

Tutup Iklan Disini[x]

Popular Posts

  • 2 Gambar Terkini Emma Maembong Selepas DISIHIR
    ##Emma juga tlh menjalani byk ujian darah dengan doktor & mereka mengesahkan bahawa darah Emma bersih. Ia turut memberi kesan kpd ...
  • "Mak, mata kami tak nampak, tak nampak..." itu kata-kata terakhir Fatini
    Kuala Lumpur: "Mak, mata kami tak nampak, tak nampak..." itu kata-kata terakhir Ainul Fatini Zamri, 13, yang menghidap barah tulan...
  • WARTAWAN KOSMO DIKECAM KERANA TAJUK BESAR ARTIKAL YANG DITULIS!
    WARTAWAN KOSMO DIKECAM KERANA TAJUK BESAR ARTIKAL YANG DITULIS
  • APA GUNANYA BERTUDUNG KALAU BEGINI ! ( 12 Gambar)
    Huh.. panas.. panas... bila melihat gelagat sesetengah wanita yang tak faham dengan konsep menutup aurat.. gelagat mereka mengundang dosa ka...
  • (9 foto)..GAMBAR LUNA MAYA YANG MENARIK PERHATIAN LELAKI.
    Luna Maya sememangnya terkenal dengan sikapnya yang bersahaja dan suka bergurau membuatkan sesiapa sahaja yang melihatnya, akan tertawan. Wa...
  • SELAMAT BERSALIN - ALMY NADIA DAPAT 'BABY GIRL'
    "Alhamdulilah... Wife saya dah selamat bersalin anak sulung kami, terima kasih atas semua yg mendoakan," demikian tulis Fizz Fairu...
  • 4 selebriti wanita tunggu 'rezeki'
    Pengumuman berita kehamilan aktres kesayangan rakyat Malaysia, Lisa Surihani benar-benar menggembirakan peminatnya. Selepas tiga tahun berge...
  • GUGUR JANTUNG! LIHAT 18 GAMBAR HOT! POSSING TERCANTIK ISTERI SI PEMANDU LORI 'ADIELA SAFIYANNI'...
    Hmmm.. Viral sungguh jadinya kisah si puan cantik isteri kepada pemamdu lori yang tersebar luas di internet sejak kelmarin, kisahnya simple ...
  • 15 GAMBAR Selfie Wawa Zainal Yang Sangat Cantik..
    Wawa Zainal kelihatan cantik dengan lesung pipit di kedua belah pipinya..Selfie berbaju nurse macamni, rasanya nurse paling cantik kat hospi...
  • Gambar KONTROVERSI tidak berbaju pelakon suam-suam kuku kini viral di media sosial
    KUALA LUMPUR – Gambar seorang pelakon lelaki berbogel yang diambil pada tahun 2009 dalam satu sesi fotografi bersama seorang model mula ters...

Total Pageviews

Copyright 2014 Potretmalaya
Powered by Blogger.com